~ RAKYAT JELATA ~

web counter code

selamat mengunjungi blog , terima kasih


Jul 16, 2010

bingkisan doa dari ku utk Mu ~

Posted by ella lalola :D at 10:27 AM


Ya Allah ,
dengarkanlah rintihan hambamu ini Ya Allah ,
aku ingin memohon utk di ampunkan dosa ku, kedua ibu bape serta keluarga ku ,
murahkan dan berilah rezeki yang halal ,
panjangkan lah umur kami Ya Allah ,
berikan lah ketabahan & kesabaran utk ku menjalani kehidupan ini ,
sesungguhnya hanya Engkau saja yang dapat membantu ku.
semoga aku menjadi anak yg solehah ,
rakan yg baik serta punyai budi pekerti yg mulia.
jaohkan lah aku dari sebarang kemaksiatan yg dilaknat oleh Mu ,
sesungguhnya aku hanya insan yg lemah lagi hina.
permudahkan lah aku menimba ilmu.
berikan lah aku minda yg cerdas.
semoga segala ilmu yang aku pelajari dapat aku sematkan dlm hati.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.
isi kan lah kekosongan hatiku dengan kehadiran seorang insan bernama kekasih.
semoga dia dapat membahagiakan ku di dunie ini Ya Allah.
berikan lah aku seorang insan yg beriman,
berpekerti mulia , penyayang , pemaaf , serta tidak lokek dgn ku.
semoga dia dapat membantu ku ketika aku dalam kemusykilan.
ketika aku di timpa masalah, dia akan sentiasa bersama ku.
dan aku mohon semoga ibu & ayah akan merestui perhubungan ku & si dia suatu hari nanti.
Ya Allah.
aku mohon semoga rakan di sekeliling ku ini adalah rakan rakan yg benar benar menyayangi ku Ya Allah.
rakan rakan yg sentiasa ada dgn ku ketika senang mahupon ketika aku di berikan ujian dariMu.
aku tidak kuat utk menempuhi segala ujian Mu seorang diri tanpa sesiapa pon bersama dgn ku.
banyak pahit manis aku telah rasai ketika bersama dgn rakan rakan ku.
segalanya akan ku kenang sampai bile bile.
aku mohon Ya Allah, 
semoge usia perkenalan ku dgn semua rakan baik ku hingga ke nafas terakhir kami.
aku benar menyayangi mereka semua.
Ya Allah ,
lindungi lah aku dari sebarang bentuk malapetaka ,
dilindungi dari dilakukan perbuatan yg kejam oleh sesiapa pon.
semoga hati ku ini tidak dilukai lagi.
sesungguhnya ia amatlah perit utkku.
aku tidak mampu menanggung nya lagi.
aku ini hanya insan yg lemah Ya Allah.
segala ujian dari Mu sungguh mencabar bagiku.
segalanya aku hanya mampu berserah.
tempat kan lah aku di kalangan org yg soleh jika aku mati kelak.

Ya Allah,
akhir sekali ,
Engkau makbulkan lah doa hamba Mu ini. 
semoga aku dapat menjalani kehidupan dengan baik utk hari seterusnya.

amin amin Ya rabbal a la min....

0 comments: