~ RAKYAT JELATA ~

web counter code

selamat mengunjungi blog , terima kasih


Dec 23, 2011

Posted by ella lalola :D at 2:27 AM


assalamualaikum to all readers ,


terima kasih sebab sudi menjenguk blog ella yang tak seberapa ni okay =)



alhamdulillah , dah masuk 2 minggu ella ade kat UNISEL bagi final sem . sem yang terkaher ni banyak sangat dugaan dan macam macam benda kena selesaikan dalam masa yang terdekat . masa sangat terkejar kejar n padat sangat . tapi alhamdulillah dapat gunakan masa dengan sebaiknya . masalah yang pertama adalah disebabkan masalah untuk transfer credit . naik turun admin n canselori untuk selesaikan 1 masalah ni. masalah yang kedua dari segi WANG . pada permulaan masuk ni , memang gunakan duet yang banyak sebab nak bayar duit buku , t shirt kelas , duit makan , duit minyak kereta , duit sewa rumah , duit yuran sem lepas n duit untuk persatuan bagi course ella . wohhh,, dalam minggu ni saja dah menghabiskan  rm600.00 . mana pergi semua duit tu ? duit mengalir bagai air . deras n tiada henti . hebat bukan ? okayyy , ni tak tipu n bukan rekaan semata mata . Ya Allah , murahkan rezeki keluarga ku . Hanya Engkau sahaja yang dapat membalas jasa n budi kedua ibu bapa ku . Alhamdulillah , ibu n ayah sangat memahami .

Walau macam mane besar sekalipon dugaan yang datang , ku sentiasa tabah dan sabar harungi semua dugaan demi ilmu yang ingin dipelajari . sekarang , ella lebih banyak habiskan masa dengan teman teman di UNISEL . mereka sentiasa ade ketika ella dalam keadaan senang , susah , gembira mahupun sedih . semoga ianya berpanjangan . Amin . walau apa saja dugaan dalam menuntut ilmu , kita kena tempuhi dengan sabar dan redha . bila kita mempunyai semangat yang kuat , segala masalah dapat diatasi dengan baik dan sempurna . Insyaallah . 

Baiklah , lepas ni ella akan sentiasa pandang ke hadapan . segala kesilapan atau kenangan yang lepas mengajar erti sebuah kehidupan . walaupun kita pernah melakukan kesilapan suatu ketika dulu , jangan pernah menganggap bahawa berakhir sebuah kehidupan . ia sebenarnya permulaan kepada kehidupan . mengapa ? setiap kesalahan yang lalu akan membuatkan kita akan memperbaikinya sekarang dan pastikan perubahan yang dilakukan secara sukarela yang datang dari hati yang ikhlas bukan paksaan dari sesiapa pun . percayalah pada takdir Allah dan Qada' dan Qadar yang telah ditentukan bagi setiap umat Nabi Muhammad . bila kita percaya , kita akan melakukan perubahan yang baik dan Insyaallah akan diredhai olehNya . Amin . semoga kita sentiasa sedar bahawa kehidupan di dunia ini hanya sekali dan sementara sahaja . gunakan masa , kesihatan yang diberikan oleh Allah dengan baik dan tanpa melengah lengahkannya . kalau ella ada melakukan kesalahan atau kesilapan secara sengaja mahupun tidak sengaja , tegurlah dengan baik . Insyaallah , ella ubah sikap tersebut .


wassalam .

2 comments:

Syakilla kebebeh on January 23, 2012 at 6:50 PM said...

kawan2 dapat keluarkan kita dari masaalh....

ella lalola :D on January 25, 2012 at 2:45 AM said...

thnx kila. U r rite ! ;)