~ RAKYAT JELATA ~

web counter code

selamat mengunjungi blog , terima kasih


Dec 14, 2011

Hafiz & Adira - Ombak Rindu Lirik [HD/HQ] (OST Ombak Rindu)

Posted by ella lalola :D at 8:58 PM

*klik pause lagu kat bawah sekali :)





di saat mendengar lagu ni, hati ella tak dapat menahan air mata yang mengalir.
bagi ella, lagu ni sangat bermakna dan ada kena mengena dengan kisah hidup ella.

''Ya Allah , kenapa begitu mudah aku mengalirkan air mata?''

Diri ini hanya mampu beristighfar sebanyak yang boleh. Ella mengaku ella x mampu menahan rasa sedih yang membelenggu hati. Ella tak mintak untuk berjumpa dengan seseorang dalam jangka masa yang sangat singkat. berkenalan, bercinta dan putus begitu saja. Ella manusia biasa yang mempunyai banyak kelemahan. begitu juga dengan kamu wahai si lelaki yang berkenaan. kadang-kadang aku duduk sendirian dan berfikir, apakah dosa ella sampai ella x mampu mendapat kebahagiaan macam orang lain dapat. sedih ? memanglah sedih kan . tapi , aku ni tak mampu nak buat ape ape. aku rasa kosong bila aku kehilangan orang yang aku sayang. sabarlah wahai hati . itu je yang mampu :) tapi sampai bila aku kena berasa sedih ? sedangkan dia bahagia dengan orang lain . memang ambil masa yang lama untuk hilangkan perasaan ni tapi aku cuba semampu yang boleh. Insyaallah.

setiap dugaan ada hikmah di sebaliknya . mungkin ku tidak sepenuhnya ingat pada Dia . kadang kadang kealpaan ku itu menyebabkan Allah menarik satu persatu segala yang diberikan olehNya kepada diri ini .

''Ya Allah, aku redha dengan semua ini . aku cuba sebaik mungkin untuk melupakan mu dan aku berjanji tak akan ganggu hidup kamu lagi.''

selepas ini, ku tidak akan lagi mengharapkan apa apa lagi dari seorang insan yang bernama lelaki . biarlah hati ini merawat luka ini sendiri . setiap insan telah ditentukan jodoh mereka cuma lambat atau cepat . ku percaya Ya Allah bahawa jodoh untuk ku pasti ada . biarkan dulu hati ini gembira dengan dunia ku barulah kau pertemukan diriku dengan lelaki yang soleh , ikhlas , jujur , penyayang dan mampu menerima segala kelemahanku seadanya kerana ku inginkan seorang lelaki yang mampu menjadi seorang pemimpin kepada ku ke jalan yang diredhai Allah. Insyaallah. ku mampu bertahan dan menunggu selama mana yang mungkin .

Alhamdulillah, sahabat sentiasa disampingku. Terima kasih wahai sahabat-sahabat yang dikasihi semua.


Terima kasih buatmu kerana mencurahkan kasih sayang kepadaku walaupun dalam masa yang singkat. Ella hargai segala kebaikanmu itu. Moga kau bahagia disampingnya. Amin.


0 comments: